Amsya masih ingat saat itu. Sedang tiga batang tubuh berjalan merengek meminta nasi ke dewan makan. Sempat mereka bergurau-gurau. Berbual-bual bagaimana keadaan sem 2 akan sunyi kalau ahli halaqah mereka berkurang.
"Eh, Raulf nanti kalau kau pindah, sunyi laa halaqah."
"Entah Raulf, nanti kesian ustaz." Idham menyokong.
Dia diam. Senyum tanda membalas percakapan kami. Sempat juga Idham membina dialog ringkas.
"Bayangkan, nanti kalau kau pindah, tiba-tiba ustaz panggil,
"Raulf mana Raulf? Dah tasmik belum?"
"Raulf kan dah pin...dah."
Haha. Gelak tawa memecah bahasa kesunyian di mulut itu. Masih lagi tiada respon dari mulutnya.
Kebiasaanya selepas habis makan, mereka akan berbual-bual bila sampai masjid, berwhatsapp, 15 minit selepas itu baru akan membaca Al Quran balik.
Selepas tamat kelas, mereka akan sama-sama pulang ke bilik. Dalam perjalanan masih sempat berbual-bual dan bergurau. Banyak sungguh modal untuk diluah, yang pelik, selama 5 bulan rutin yang sama, tak pernah mereka rasa bosan, marah sesama sendiri. Hanya senyum dan gelak tawa sahaja yang memenuhi ruang waktu itu.
--------------------------------------
Acap kali Amsya termenung. Namun kali ini, lamunan ini terhenti di daerah memori itu. Kenangan-kenangan itu kembali menyindir dia. Seakan ingin saja memori-memori itu membuat dia menangis. Ya, kali ini dia menangis. Berjaya memori membuat air mata jantan itu gugur.
Dia teringat minggu itu. Minggu pertama dia belajar di situ. Dalam bulan orientasi, seorang senior menyuruh untuk kutip biodata ahli sem. Usai saja solat isyak, Amsya bergegas pulang ke bilik. Nak rehat katanya. Memang begitu sikap si Amsya ni, asyik nak rehat jer kerja. Tengah-tengah berkejar pulang ke bilik, langkahnya terhenti dengan teguran sahabat di sebelahnya.
"Eh, kejap."
"Ya, ada apa?" Amsya balas malas.
"Nak biodata."
"Ouh, ok."
Terhenti dia di tengah2 jalan itu. Masing2 saling bertukar biodata. Kau ambil yang aku, aku ambil yang kau.
"Nama?" Amsya memula bicara.
"Ana Raulf." Dia balas.
"Ouh. Lawa nama." Amsya senyum, macam kerang busuk. Ditatap muka si Raulf lama-lama. Seolah tak nak dilepaskan muka itu dari bola matanya.
Dialong itu berakhir selepas mereka dapat semua aspek yang perlu diketahui.
Tiba-tiba.
"Meow, meow."
"Eh? Kucing? Ah, aku dah ada kat rumah." Lamunannya terhenti.
(Bersambung...)
Budak Kurek, 020614
Kelantan
0 comments:
Post a Comment