Tuesday, 17 June 2014

LANGKAH 2

Langkah Attar terhenti. Ahmad tidak. Ahmad jalan macam biasa.

Tapi Attar, masih tercegat dimuka pintu. Oh kenapa pula ni?

Matanya tertancap pada wajah yang tak pernah dia lihat sebelum ni. Sangat sangat sangat comel!

Berhijab purple dengan jubah hitam. Kulitnya yang putih mulus.
Pipi gebu kemerah-merahan.
Bibir mungil merekah merah bak delima.

Oh, dia terpana.
Persis saja wajah tadi macam Chrissy Costanza berhijab labuh.

Attar masih tercegat. Memerhati saja ajnabi tadi membeli makanan. Lepastu menyapa lembut Abam Hamid agar dibuatkan sirap-bandung-nestum-o-beng.

Lalu melangkah sopan ke kaunter, meminta diskaun 50 sen, lalu berlalu pergi.

Tapi sedikit lagi wajah persis bidadari itu berlalu, hilang disebalik terik mentari, dia berpaling.

Membalas semula renungan tanpa kelip Attar. Dia tersenyum kecil, tunduk sedikit lalu berlalu keluar bersama teman-temannya.

Attar sempat menjeling pada rakan-rakan ajnabi tadi. Mana tahu ada yang dia kenal.

Tiba-tiba, matanya menangkap

Oh, dia kawan dengan Joyah. Kebetulan aku rapat jugak dengan si Joyah ni. Hehehe

Kata Attar dalam hati sambil menggosok-gosok kedua-dua belah tangannya.

"Hoi mangkuk, anta ni dah kenapa?"

Tegur Ahmad sambil menjinjing plastik makanan.

"Tak beli makanan ke?"

Sambung Ahmad.

"Err. Takpelah, ana puasa. Hehe"

"Puasa kepala kucing enta. Pagi tadi sarapan chickeng chok ngan ana. Puih"

"Eh, I mean, puasa tengahari. Ana kan tengah diet. Nak shaping katekoo!"

Ahmad mencebik.

"Sukahati enta laa Attar wei, enta yang lapar nanti"

***

Usai solat Zohor di masjid, mereka saling tebuk menebuk.

*Oh lupa nak habaq, depa ni ngapai quran. Unibersiti Kuala Kubu ni memang wajibkan pelajaq diaa ngapaii. Tu pasai la depa mia semangat nak pi masjid tinggi nohh. Biaq pi lah panaih sikit tengahaghi ni.*

Ok iklan tamat. Sambung.

Attar dan Ahmad memang masyi. Dua-dua mampu ditebuk sampai juzuk 23. Mungkin berkat konsistensi mereka mengulang kot.

Cuma hari ni, Attar tersangkut dua-tiga ayat. Barangkali kerana fikirannya masih terbayang-banyang wajah manis ukhti tadi.

Mereka pun pulang.
Attar sudah merancang apa yang dia perlu lakukan.

Kalau berterusan begini, boleh gila aku dibuatnya, tengok rumput nampak dia, tengok awan nampak dia, tengok dia, lagilah nampak dia.

Kadang-kadang Ahmad dari belakang pun nampak macam dia. Uishh bahaya betul!

I must do something

Monolog Attar dalam hatinya.

Sampai saja dibilik A12, Attar cepat-cepat mencapai Iphone 5S nya.

"Eh Joyah, i mean salaamm Joyahh!"

Sent.

Hatinya berdebar-debar. Memikirkan ayat seterusnya. Walaupun Joyah satu sekolah dengannya, dan sekelas, malah mereka juga agak akrab, tapi Attar takpernah pulak nak kongsi kisah hati dengan Joyah sebelum ni.

Mesti Joyah ingat aku ni buang tebiat

Attar suudzhan. Tiba-tiba,

"Wassalam, ya ada pa Ustaz Attar?"

Err. Attar mula berpeluh. Taktau nak mula macamana. Dia pusing ke kiri, lepastu ke kanan.

Gelisah!

Berkereyok bunyi katil akibat pergerakan Attar yang macam cacing kepanasan.

"Hoi! Kau dah kenapa? Pelik lah ko ni. Ee buang tebiat ek? Aku pang kang baru tau"

Sound Ahmad di katil sebelah. Konsentrasinya membaca blog Typewriter Melayu terganggu. Eh?

Oo tadi dalam dewan makan, time ada ajnabi bukan main cakap ana-anta. Bila kat bilik aku-kau terus.
Bijak jugak teknik depa ni. Kehkeh

Attar berhenti menggelupur. Dia tersenyum plastik.

"Ehhehehe. Takde pape. Jangan risau. Aku tahu kau sayang aku, sebab tu kau risau. Ahaks"

Kata Attar sambil mengenyit sebelah mata.

"Eh budak ni. Aish nasib baik lah aku teringat nasihat warden aku kat Henri Gurney; jangan pukul orang sebarang-sebarang, nanti susah. Huhh"

Ahmad bagi amaran. Attar masih tersengih malu. Matanya kembali pada skrin handphone.

"Err, weh Joyah. Tadi kau pegi DM kan? Sape doh budak tudung purple tu?

Kawan aku tanya, berkenan kot"

Attar menipu.

Ewah kau. Dia yang nak, orang lain pun diheret sama?

"Oh, yang tu. Nama dia Bedah. Facebook dia Bedah Evans One Two Three"

"Ouh, okay. Thanks Joyah. Bai. Salam"

Attar cepat-cepat cari nama tu. Dan bingo! Dia jumpa. Thanks to pelan 2.5 gb 1Malaysia. Laju betul internet dia.

Lepas add friend, Attar tiba-tiba berdebar-debar. Takut-takut rancangannya gagal.
Dia mula berpeluh. Takut Bedah taknak approve friend requestnya.

Selang seminit.

*ping ping*

Bunyi notification. Attar laju-laju cekidaut. Dan ya, impiannya tercapai.

"Yahooooo! Oh yeahhhhh!"

Jerit Attar kebahagiaan. Bedah approve friend requestnya. Dan yang paling gembira,

[Bedah Evans One Two Three]
 
      "Thanks add. Moga ukhuwah kita kekal lillahitaala. Ameen. Walaupun hanya di FB"

Memang itulah perangai Bedah. Suka merapatkan ukhuwah walaupun hanya di Facebook. Dan walaupun dia tak kenal siapa empunya akaun bernama

 " Daie Muda Sahajerr"

Tapi itu bukan penghalang untuknya melebarkan skop ukhuwah kerana Allah.

Attar terlalu gembira harini. Dia berkira-kira, berfikir mahu gunakan ayat apa agar tidak klise untuk membalas chat Bedah.

Akhirnya idea pun muncul.
Satu langkah lagi diteruskan.
Jari-jemari begitu cermat mengatur langkah.

(bersambung....)

-Akh Janggut-

0 comments:

Post a Comment