Monday, 2 June 2014

Hati dah tenat telan maksiat?


Main game dua-tiga jam, lama-lama akan bosan.

Main bola dua-tiga hari, lama-lama akan letih.

Buat dosa hari-hari, dengan maksiat kecil dan besar, umpat-umpatan jadi adds-on, tak penat letih bosan?

Ini propaganda nafsu. Sampai bila mahu lari salah lorong? Segala keringat peluh nak dibiar sia-sia?

Mari. Ini ada sedikit lampu minyak tanah. Harap-harap dapat suluh jalan jauh ini.
Moga-moga dapat kembali ke denai tadi, yang kamu-mereka-kita mula-mula bermula.

Cara kawal nafsu:

Mata
Telinga
Hati
Lidah
Perut

Lima anggota ni kena jaga. Jauhkan dari hanyir busuk benda-benda haram.

Benda-benda halal pun, jangan berlebihan sebab kalau terlebih, boleh bawak haram.

Contoh mudah, makan coklat. Let's say Cadburry lah. Yang haram dua-tiga hari then halal balik, kalu banyak makan, nanti jadi gemok. Bila gemok, senang kena sakit jantung, obesiti, selalu kena ejek.

Paling sengsara setiap kali futsal mesti jadi keeper. Ini satu diskriminasi. Ini tidak adil.
Tak, ini bukan lawak. Ini realiti.

Oleh itu, kalau banyak boleh jadi haram.
Tak kira lah ada tiga-empat logo halal sekali pun.

Tak kisahlah lima-enam helai sijil halal distapler kemas di setiap bungkus coklat sama ada 250 gram mahupun 500 gram sekalipun.

Kalau boleh bawak mudharat, maka boleh jadi haram.

Bila jasad dibius benda-benda haram, hati akan sakit.

Hati kalau sakit, SUKAR nak dibaiki

1) Mata:

Punca utama kerosakan.
Punca kekotoran.
Punca penyakit.

Punca maklumat.
Punca pengetahuan.
Punca macam-macam.

Punca baik.
Punca buruk.

Surah An-Nur, ayat 30:

(قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ)
[Surat An-Noor : 30]

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Ayat ini untuk lelaki dan perempuan. Bukan lelaki saja. Sebab ayat seterusnya, ayat 31:

ﻭَﻗُﻞْ ﻟِﻠْﻤُﺆْﻣِﻨَﺎﺕِ ﻳَﻐْﻀُﻀْﻦَ ﻣِﻦْ ﺃَﺑْﺼَﺎﺭِﻫِﻦَّ ﻭَﻳَﺤْﻔَﻆْﻦَ ﻓُﺮُﻭﺟَﻬُﻦَّ ﻭَﻻَ ﻳُﺒْﺪِﻳﻦَ ﺯِﻳﻨَﺘَﻬُﻦَّ ﺇِﻻَّ ﻣَﺎ ﻇَﻬَﺮَ ﻣِﻨْﻬَﺎ
[Surat An-Noor : 31]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang **zahir daripadanya"

** muka dan tangan. Sebahagian ulama kata (mazhab Syafei) perlu tutup muka kalau muka pun jadi fitnah, tarikan pada lelaki.

Contoh?

Heliza Helmi . Bagi aku lah. Heh.

-Wajib kawal dan latih mata supaya beradab. Macam Rasulullah :)

Tujuan?

Untuk pelihara maruah dan dapat tempat yang tinggi di sisi Allah s.w.t

Hati yang suci akan timbulkan tindakan dan kata-kata yang baik. 

Sebab nafsunya tidur, so perbuatan akan terdorong ke arah kebaikan.

-Hati sukar lupa apa yang dilihat, lebih kuat daripada mendengar.
----------------------------------------
Saidina Ali Karamallahuwajhah:
"Orang yang gagal kawal mata, hatinya tidak berharga"
-----------------------------------------
Rasulullah bersabda:
"Melihat kecantikan wanita ialah panah beracun daripada panah-panah iblis."
-----------------------------------------
Nabi Yunus(digelar Dzunnun) :

"Penahan syahwat yang paling ampuh ialah memalingkan pandangan daripada apa yang tidak bermanfaat."

Itu, nasihat Rasul-Rasul dan sahabat.
Kalau bukan nasihat mereka, nasihat siapa yang kita nak ikut?

2) Telinga

Telinga dan lidah ada kaitan.
Bila bercakap, ada yang mendengar

-Dengan mendengar, boleh timbul nafsu. Pengaruh telinga lebih kuat daripada pengaruh makan terhadap perut.

Sebab?

Kalau makan benda beracun, boleh hilang dengan mudah. Not that easy but it can be done. Tapi kalau dengar, dah payah nak hilang.

Satu situasi:

Abu dengar Cik Kiah mengumpat pasal crush dia, Maimon.

"Eh, aku dengar si Maimon tu dah naik tiga kilo sejak cuti sem 3 bulan. Ini lah budak-budak sekarang, pantang cuti je mesti badan naik punyalah"

Komfem Abu akan ingat sampai bila-bila.

3) Lidah

Lidah paling banyak bagi kesan. 

Satu patah pun cukup untuk rosakkan amalan seribu tahun. Contoh paling mudah ialah sebab dia syirikkan Allah pakai lidah.
----------------------------------------
Sufian bin Abdullah bertanya rasulullah:

"Apa yang paling kamu takuti daripada aku?"

Rasulullah jawab:

"Ini."

*sambil menunjukkan lidah
-----------------------------------------
Yusuf bin Abdullah :

"Aku boleh berpuasa di siang hari yang panas. Tetapi amat sukar untuk aku mengelak berkata yang sia-sia"
-----------------------------------------
Kata Abu Said al-Khudri:

"Pengaruh lidah sangat kuat, pada kebaikan atau keburukan."
----------------------------------------
Hassan bin Ali ternampak satu bangunan lalu berkata:

"Bila bangunan ini di bina"

Lalu dia terfikir

"Untuk apa aku berkata tentang bangunan ini?"

Lalu dia menghukum dirinya berpuasa sehingga setahun.

Nah, sampai begitu sekali. Kita?

Ya, kita orang awam tak mampu syadid begitu. Tapi atleast cuba bandingkan dengan usaha kita jaga lidah. Tak nak banyak, sikit cukuplah. Tak boleh sikit, secubit cukuplah.

Bila banyak cakap,
Banyak la dosanya.

Bila banyak dosa,
Keraslah hatinya.

Bila keras hati,
Sendiri tahulah jawapannya.

0 comments:

Post a Comment