"Iya ukht, indah. Tapi apa kaitannya dengan kerja kursus yang kita tengah bincang ni?"
*Garu dagu*
"Erm .. Sebenarnya, ana ...ana. . . Chenta sama kamu . .!"
Akh tersedak. Habis basah jenggotnya terkena kopi yang hampir-hampir saja ditelan.
Sekian. Eheh.
Ini satu situasi cinta remaja muda mudi.
Ini bayangan biasa yang selalu tergambar bila disebut perkataan keramat, CINTA
Iya, biasalah tu. zaman muda-muda lah katakan.
Ingin disayang
Ingin menyayang
Ingin jadi tersayang
Maaf saya tak mampu teruskan. Mual-mual tekak sudah naik ke kerongkong. Erk.
Tapi ingin saya ingatkan, cinta ini amat luas sekali definisinya, aplikasinya juga, malah dengan cinta dunia mampu diubah.
Kerajaan agung melangit pun mampu terbalik, apatah lagi kampung-kampung usang yang terbiar kaku, pasti saja begitu mudah bertukar menjadi longgokan sampah, akibat cinta.
Cinta jugalah yang melahirkan kerajaan agung,
cinta jugalah yang bisa meranapkannya.
Cinta yang melahirkan insani biasa menjadi pemuisi terhebat,
cinta jugalah yang menukarkan bait-bait puisi menjadi sumpah dan seranah.
Kerana secara fitrahnya, manusia perlukan cinta. Namun, jangan sempitkan terminologi cinta itu sendiri.
Baik. Harini saya mahu menenyeh keyboard maya ini tentang cinta.
Tapi lebih kepada cinta seorang ibu kepada anak, guru kepada murid, naqib kepada adik-adik kiut miut usrah, akhi kepada ukhti?Dahi berpeluh.
Pernahkah anda dimarah back-to-back tanpa henti oleh pelbagai entiti berbeza pada satu-satu masa?
Pergi kelas memandu:
"Hoi, bagilah signal! Kan nak belok tu, alaaahai.
Ni kat sekolah mesti selalu kena titik ni. Degil sangat!"
Balik rumah:
"Along, pergi sidai kain sekejap. Lepastu tolong tukarkan lampin adik ya. Nanti dah siap pergi bilik angah, salinkan semua nota angah ya?
Thanks along. Lebiu muah muah
Oh ya, kalau along tak buat, angah habaq kat ibu along kapel"
Tengkuk berpeluh.
Naik bilik:
"Berapa kali mak nak cakap, kemas bilik kamu!"
Piapp piapp!
Kena rotan.
Seluar basah!
Call kawan, mengadu:
"Eh, enta ni tiada kerja lainkah? Asyik stres saja. Ana pun tak faham lah macamana enta boleh hidup. Hailaa sudah-sudah lah tu. Dahlah, ana nak sambung berdakwah ni babai!"
Ya itu yang kita rasa. Kebetulan pula bergabung dalam satu masa, membuahkan rasa pahit yang pelbagai perisa, pedihnya pula sampai ke hulu hati terasa!
Tapi kita lupa, kadang-kadang marahnya guru memandu itu sebab dia taknak kita sesal kemudian hari. Sudah berlatih berhari-hari, sampai hari JPJ signal kanan dengan wiper pun taktahu nak dibeza, mahu begitu?Habis, mengapa si guru menegur? Sudah tentu kerna chenta. Rasa sayang akan pelajarnya tanpa kira rupa mahupun bangsa walaupun berhari-hari memakai baju yang sama, bersama bau yang sama.
Seterusnya hal adik-beradik. Saya bukanlah seorang along . Eheh. Tapi rasanya perasaan dibuli dan diperas ugut adik sendiri itu satu seksaan mental tahap alpha bukan? Tapi cuba lihat balik ke hari semalam. Ah, takpayah hari semalam lah, lihat minit-minit tadi saja. Kita baru sahaja suruh dia basuh berus bersih karat-karat di basikal tua kita, then bila dia minta tolong, mahu melenting?
Ewah, besar mandat kau!
Kadang-kadang adik-adik juga menyuruh abang-abang. Bukan kerana mahu tunjuk taiko dan pailang. Tapi mahu abam-abam sedar, kalau mahu dihormati, hormatilah yang lain.
Itupun salah satu wasilah mengekspresikan cinta bukan? Tidak mahu si abang terus hanyut memegang kuasa veto sebagai anak sulung yang akhirnya membuahkan ego.
Soal ibu, memang terang jelas nyatalah si ibu itu cinta. Sebut ibu sahaja pun sudah terasa sayang. Ya, saya juga malas mengemas, atau, menegangkan cadar. Buat apa kemaskan katil kalau nanti akan digolek-golek jua di atasnya kan. Saya datangkan analogi ini sebab ini adalah antara suruhan-suruhan yang selalu dianggap remeh. Lagi-lagi anak-anak yang sudah kian remaja.
Tapi dalam kita tidak sedar, ini antara tarbiah untuk mendisiplinkan kita. Contoh, dalam solat kalau tiada disiplin dipraktikkan, rukuk dulu baru takbiratul ihram, masakan sah solat itu? Malah berkahwin pun ada disiplin-disiplin yang perlu diikuti. Ada garis dan panduan. Baru rumahtangga bahagia, aman sentosa, silap-silap boleh kawin dua. Hey, its a rhyme!
Jadi, berhentilah bersangka-sangka. Jika semua perkara kita pandang dari sudut pandang positif, bukankah donia ini lebih ceria, awan-awan gemuk di langit pun kelihatan tersenyum, matahari melambai-lambai manja, ah segalanya penuh dengan simbol hati dan warna merah jambu!
Jika kita punya cinta, jiwa kita punya ketenangan.
Jiwa yang tenang dan qanaah ini dipuji Allah.
Di muliakan sang Khaliq
"Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
(terjemahan surah al-Fajr, 89: 27-30)
Apabila hati tenang, maka proses pemurnian hati pun sudah tentu lebih mudah. Hati mampu dibasuh bersih, disental licin, maka jadilah hati itu hati yang sihat, gebu dan penuh dengan sakura-sakura chenta. Eheh
Daripada Abu Hurairah ra:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu"
(Riwayat Muslim)
Nah, apalagi yang kita mahu?
Sudah jelas terang kilau, hati itu yang dipandang Tuhan.
Mari sebarkan cinta
Mari pupuk hati agar mudah menerima dan memberi cinta ( tidak terhad pada ajnabi)
Mari hulur strawberi manis pada rakan-rakan seTuhan
Ayuh, merah-jambukan hatimu!
-Akh Janggut-
0 comments:
Post a Comment