Hari-hari cutinya diteruskan macam biasa. Hasratnya cuti ini, ingin dia mengisi masa bersama keluarga, turun ke lembah masyarakat dan berjumpa dengan kawan-kawan satu sekolah dahulu.Semalam, ketika makan tengahari bersama keluarganya, tiba-tiba satu soalan terpancul keluar dari mulut ayah Amsya.
"Ramai ke yang tarik diri?" Ayah bertanya nada perlahan.
"Tak tahulah. Setakat ni baru 2 3 orang yang keluar. Mungkin lepas naik cuti ni lagi ramai kot." Bersahaja dia menjawab.
Hakikatnya dia terkejut dengan soalan dari ayahnya itu. Kenapa dengan tiba-tiba ayah tanya. Sebelum-sebelum ini tak pernah pula dia dilontar soalan 'pelik' macam tu. Oh, dia teringat. Mungkin ayah baca status-status anaknya di FB.
Sejak kebelakangan ini, banyak kali Amsya update status di FB. Status yang berunsur sedih, hiba dan kesal itu mungkin terperasan oleh ayahnya. Ya laa, sejak berada di bangku sekolah dulu tak sekerap itu anak lelakinya itu update status. Kalau adapun ketika hari raya jer.
Fikirannya jauh menerewang. Dengan perut yang penuh itu, dia baring di atas sofa. Dicapai smartphone yang tersadai di atas meja. Dia buka FB, suka dia tengok gelagat-gelagat kawan sibernya itu. Macam-macam jenis ada.
Ada yang upload gambar pelamin, lepas tu buat caption:
" ermm, bila pulak giliran aku ni. Eh eh, gurau jer~"
Hakikatnya budak itu masih mentah lagi. Umur masih hijau. Bangku sekolah masih tak lepas dilangkah.
Kadang-kadang dia runsing dengan keadaan anak-anak muda zaman sekarang. Mencari pemuda yang matang ibarat mencari semut hitam atas batu hitam ketika malam. Ah, mungkin nanti dia akan matang dimamah usia. Fikirnya, mungkin dia juga seperti itu dulu. Cepat-cepat dia tengok status dia yang dulu-dulu. Belum sempat di-scroll ke bawah, dia terbaca statusnya.
Oh, tarikh ini, 15 Mei dan 24 Mei. Tarikh yang menjadi saksi air mutiaranya bercucuran. Tarikh yang banyak memberi kesan kepada hidupnya. Belum apa-apa, 2 sahabatnya dah pergi mencari jalan baru. Tanpa petanda, tanpa bicara, mereka berlalu begitu saja. Seorang meninggalkan lukisan dan firman persaudaraan. Seorang lagi pergi tanpa pengumuman. 2 tarikh tersebut penyebab dia berkurung dalam bilik seharian, hilang emosi seketika.
Tarikh 24 Mei juga dia akan ingat. Tarikh yang menjadi ujian ukhuwah sahabat-sahabat dia. Hari ini keputusan tawaran biasiswa keluar. Dia masih ingat, apabila dia 'provoke' kawan-kawan yang lain suruh terima tawaran tu dan keluar dari situ. Masing-masing terumbang-ambing dengan keputusan. Sama ada untuk terus thabat atau angkat kaki memilih jalan baru. Namun begitu, jauh di pelusuk hatinya betapa teringin meminta sahabatnya untuk terus bersama atas jalan yang dipilih itu. Dia sudah tak sanggup untuk kehilangan sahabat-sahabatnya.
Dulu, masa Tingkatan 2, dia update di FB ingin melanjutkan pelajaran ke JUST. Ketika itu dia hanya main-main tulis benda tu. Namun, di ambang SPM, dia telah pasakkan hatinya untuk sambung belajar ke sana. Hari berganti hari, selepas sambung pelajaran ke Universiti Kuala Kubu, hasratnya semakin pudar. Bukan dia tak cemelang dalam SPM, resultnya itu sudah cukup untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Ternyata selepas mengenali sahabatnya di Universiti itu, dia sedar, ada yang lebih penting daripada sambung pelajaran ke luar negara. Yakni, menegakkan syiar Islam dan menjadi Si Pembela 'Unta'.
"Argh, lupakan. Biarkan mereka pergi. Salah kau juga yang tak rapat dengan mereka dulu. Selepas mereka pergi, baru kau nak menangis, bersedih bagai? Tak perlu. Bila mereka ada di sisi, tak pula kau ambil berat masalah dia, tak pula kau tanya dia nak pindah ke tak. Apa yang kau buat hanya penuhkan rutin harian kau saja!" Dia mengomel sendiri.
Hasratnya untuk melihat status dulu-dulu terbantut. Dia kesal dengan sikapnya. Selalu saja foto-foto memori kembali ditayang di wayang mindanya.
(Bersambung...)
Budak Kurek,
020614,
Kelantan.
020614,
Kelantan.

0 comments:
Post a Comment