"Ayah, kalau adik keluar tarik diri dari Universiti tu, macam mana?" Seloroh Amsya bertanya.
"Ayah tak tahu. Ikut pendirian Amsya lah. Ayah tak nak mengongkong pelajaran anak-anak ayah. Keputusan di tangan Amsya. Pilih dengan betul. Ini masa depan Amsya juga. Bila Amsya dah besar nanti, ayah ibu dah tiada. Amsya tak boleh bergantung dengan ayah ibu lagi." Panjang lebar nasihat ayahnnya.
Dia tahu keputusan memang selalu di tangannya. Selama ini, tak pernah ayahnya memaksa dia suruh masuk ke mana-mana institusi belajar. Bermula dari sekolah rendah, masuk ke sekolah sains dan sekarang di Universiti Kuala Kubu. Semua itu pilihan sendiri.
"Ayah tak pernah paksa kamu sebab ayah tak nak anak-anak ayah belajar dalam keadaan terpaksa. Ayah mahu anak-anak ayah belajar ikhlas kerana Allah. Bukan sekadar mengejar wang, pekerjaan sahaja. Ayah tak kisah kamu seorang doktor, engineer, guru malah seorang peniaga kedai runcit. Rezeki semua di tangan Allah, bukan pada hebatnya profesion kamu." Tambah ayah lagi.
Ayah memang selalu menjadi tempat dia meluah perasaan. Namun, sejak masuk alam Universiti, jarang dia duduk berbual dengan ayahnya. Cuti ini memang dia ingin manfaatkan masa sepenuhnya.
Dia teringat, dulu soalan yang sama juga ditanya kepadanya. Raulf pernah meminta pendapat dia masa kelas tasmik.
" Eh Amsya, aku dapat tawaran belajar luar negara. Aku tak tahu sekarang ni sama ada nak stay kat sini atau nak ambil tawaran tu. Aku nak mengulang Al Quran, tapi aku nak juga belajar luar negara. Macam mana ni? Tolong aku." Bersungguh Raulf berbicara.
"Hmm, entah. Aku pun tak tahu. Hehe." Ringkas jawapan Amsya.
"Alah kau ni, menyesal aku tanya. Uwekk." Raulf membalas dengan nada kesal. Namun terselit juga nada senda. Barangkali tak mahu Amsya berfikiran bukan-bukan.
Amsya memegang bahu Raulf. Didekatkan mulutnya ke telinga. Berbisik.
"Kau stay je laa. Jangan tinggalkan kami. Aku tak nak kehilangan kau." Amsya merapatkan kepalanya ke bahu Raulf.
"Dah dah. Pergi mengulang. Jangan nak beremosi pulak. Haha." Ketawa. Memecahkan keheningan itu.
"Ok fine. Mengulang." Amsya senyum.
Sisa-sisa masa kelas pagi tu dihabiskan dengan bacaan Al Quran. Sungguh Amsya kagum dengan suara merdu Raulf. Belum sempat dia buka Al Quran, dia mendapati Raulf semula.
"Eh, nak tahu tak? Tahniah."
"Tahniah untuk apa pulak? Tetiba ni." Muka Raulf kaget.
"Ye laa. Dapat seruling-seruling Nabi Daud."
"Dah. Pergi mengulang. Tak habis-habis." Merah padam mukanya. Malu mungkin.
Benar. Kadang-kadang, bila Amsya malas mengaji, dia akan baring di sisi Raulf, pura-pura tidur semata-mata nak dengar dia mengaji. Baginya, amat indah saat itu.
-Kerna secebis impian, lahir sebuah perjuangan-
(Bersambung...)
Budak Kurek,
020614,
Kelantan.
020614,
Kelantan.

0 comments:
Post a Comment