Pagi itu tak seperti biasa. Awan-awan mendung mula berarak riang meninggalkan horizon. Mentari mengintai di balik bukit. Pokok-pokok masih 'tidur' lena. Embun-embun masih basah di hujung rumput.
Awal Idham bangun hari ini. Pelik. Kebiasaannya waktu ini dia masih lena dihanyut sampan mimpi. Niatnya pagi itu, dia ingin menjadi seorang yang baru. Seorang yang lebih jelas visinya, lebih bersemangat.
Cermin nako tidak berbingkai itu dibuka. Direnungnya keindahan alam, Sony Experia C di tangan sedia menjadi teman. Lantas dibuka 'Whatsapp' . Menaip 2 3 bait puisi ;
"Ku bukan tuah,
Bukan juga jebat,
Hanya sang buas,
Terbias waras dua mata,
Dari sebuku bilik,
Ke sebuku ke sebuku lagi.
Bukan juga jebat,
Hanya sang buas,
Terbias waras dua mata,
Dari sebuku bilik,
Ke sebuku ke sebuku lagi.
Muka surat wajah-wajah,
Foto-foto perjalanan masa,
Jika ada pun suara,
Bisakah terbaca,
Bumi dan langit itu?"
Foto-foto perjalanan masa,
Jika ada pun suara,
Bisakah terbaca,
Bumi dan langit itu?"
Hantar
.
Beribu perasaan terbungkam di dadanya saat itu. Cuti-cuti ini selalu saja dia mengimbas kenangan dengan sahabat-sahabat di Universiti Kuala Kubu. Tak sanggup dia nak berpisah lama-lama dengan mereka. Baginya, mereka itu saja yang menjadi peneman suka duka, masam manis dan senyum tangis. Diam sejenak, laju jemari itu menari-nari di atas skrin itu, puisi ditaipnya lagi ;
"Sungguh,
Sesiapa yang mengenali kalian pasti akan merindui,
Berpisah sejenak sudah cukup mencipta sayang.
Sesiapa yang mengenali kalian pasti akan merindui,
Berpisah sejenak sudah cukup mencipta sayang.
Ingin saja aku terus mencipta memori-memori,
Dibiar terbiar sungguh aku tak sanggup,
Dikutip namun disimpan pedih."
Dibiar terbiar sungguh aku tak sanggup,
Dikutip namun disimpan pedih."
Dia kembali ke katil. Tangan yang mengenggam erat Experia tadi dilepaskan, diletakkan di atas kepala. Mata dipejam. Fikirannya tersadai di daerah itu, selalu saja dia singgah tanpa niat. Daerah memori. Wayang-wayang lama kembali tertayang.
"Perghh, banyaknyer kitab. Allah, syeikh kabir." Idham menyakat. Tangannya menggosok di belakang sahabatnya itu.
"Mana ada laa. Ni kitab-kitab roommate aku. Dia tumpang letak. Tak pernah baca pun." Raulf cuba membela diri. Dia tahu, dia takkan terlepas kali ini.
"Ya ke? Hari tu kau cakap bahasa arab dengan ustaz. Lancar je. Dengki." Tambah Idham.
"Bila? Jangan fitnah ehh.."
"Alaa, tak payah berdalih laa Raulf. Maklum laa, nak pergi Jordan lepas ni. Eh, Jordan ke Morocco? Hehe." Idham gelak jahat.
"Ok dah. Cukup. Pergi mandi. Lepas ni kita makan roti canai sama-sama kat DM. Dah lama tak makan roti canai." Raulf cuba lari dari topik perbualan.
"Memang laa. Dah "Si Penebar" roti canai kan cuti lama. Ok, tunggu aku." Idham mula melangkah keluar.
Sedang Idham semakin jauh dari biliknya, Raulf menjerit,
"Eh, jangan lupa. Ajak si Amsya sekali." Jerit Raulf
"Ok..." Balas Idham sayup.
-------------------------------------
Tiga sekawan ini memang rapat. Entah, mungkin sebab sehalaqah tasmik, setiap hari jumpa. Pelik dunia ni. Bagaimana seorang yang asing pada tahun lepas menjadi rapat selepas beberapa bulan, bagaimana seorang yang rapat menjadi seorang yang asing selepas beberapa bulan.
Usai saja mandi, bersiap berjubah biru gelap, terus dia ke bilik Amsya. Alah, bukan jauh pun bilik dia, sebelah-sebelah jer. Cuma bilik si Raulf yang agak jauh dari bilik mereka. Selepas kawan sebilik Idham pindah, dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik orang lain. Bosan katanya sesorang dalam bilik.
Padahal dulu, masa kawan sebilik dia masih wujud, rutin harian dia sama je tiap-tiap hari, melawat bilik orang lain. Mungkin kehilangan teman sebilik memberi kesan kepadanya betapa perlu untuk menghargai orang sekeliling. Ouh lupa, kawan sebiliknya nama Ibnu Jamal.
"Assalamualaikum..." Dikuak pintu bilik.
"Waalaikumusalam. Eh, awal hari ni. Biasa belum bersiap lagi masa ni. Nak pergi mana awal-awal ni?" Amsya menyahut.
"Alaa, aku dah berubah. Aku nak jadi macam Ibnu Jamal tu. Awal setiap hari, rajin, bijak. Hehe" Balasnya.
"Banyak laa kau. Tak jawab lagi soalan aku, nak pergi mana ni? Makan?"
"Yup, Raulf ajak makan roti canai kat DM. Kempunan sangat katanya. Jom ar. Dia ajak kau sekali."
"Okk, kejap. Aku nak bersiap sikit lagi."
"Cepat..."
"Ok dah. Mana Raulf?"
"Entah." Idham geleng kepala angkat bahu
"Assalamualaikum, lama menunggu beta?" Suara Raulf memecah hening itu.
"Haa, datang pun. Jom gerak." Idham mengajak.
"Amboi Raulf, alang-alang nak pergi Morocco ni, ehem-ehem.." Amsya menyakat.
"Dah laa. Tak habis-habis dengan modal "Morocco" kau tu. Jom gerak." Raulf mematikan dialog.
Tiga batang tubuh itu berjalan merentas lorong di asrama itu. Meredah padang pasir bola senior terus ke DM. Tak banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan itu.
-----------------------------------------------------------
"Abang... Dah pergi beli nasi pagi ke belum? Adik-adik dah lapar ni." Suara ibu menerjah telinga. Wayang memori roboh.
"Ya ya. Nanti abang pergi." Balas Idham. Lupa dia berada di rumah. Jauh dibawa kenangan lalu.
-apa guna memori jika tak dikenang?-
(Bersambung...)
Budak Kurek,
030614,
Kelantan.
030614,
Kelantan.

0 comments:
Post a Comment