1 Jun 2014
Tepat pukul 7.40 a.m
Mula menulis. Sebetulnya aku bingung harini. Pelik dengan jasad bernama ******* ini. Kerna apa? Sebab harini aku tulis tarikh. Padahal zaman sekolah dulu, sejak hingus masih meleleh dihidung lalu berpindah ke lengan baju, sehinggalah berambut pompadour dengan classic quiff sambil memakai menswear untuk ke sekolah, tak pernah-pernah ingat nak tulis tarikh.
Adalah tu sekali dua, tapi tulah. Macam aku cakap, cuma sekali dan kadang-kadang duakali. Sampai kering pen merah cikgu-cikgu tulis ;
Tarikh??
Tu. Tulis tu dekat bahagian kanan atas , betul-betul di atas garisan berdakwat biru cetakan pencetak penerbit buku. Hari ini aku ada bawa cerita. Cerita pasal bulan Jun dan angka satu.
Satu hari yang panas. I mean, cuaca standard kat Malaysia ni, time tengah hari, aku ada nampak sosok tua berjalan perlahan. Terbongkok sana terbongkok sini. Jalan sikit, bila jumpa tin kosong, dibongkokkan lagi tubuh yang sudah sedia bongkok -kutip. Oh lupa pula latar tempat, masa ni ada kat pasar. Tempat kunjung ramai orang.
Tanpa kisah bersesak dengan bau hanyir ikan dan ayam, manusia tetap masuk dan masuk. Yang keluar ada, cuma dua-tiga orang. Tapi wanita tua tadi langsung tak diambil kesah. Bukan tak nampak, cuma pura-pura buta. Bukan mata yang cuba dibutakan, tapi hati dan iman. Sifat kemanusiaan dilempar jauh, masuk tepat dalam tong ikan, hilang dalam hanyir lendir-lendir busuk siakap segar.
Ini yang aku nampak. Memang realitinya, ada juga kelompok-kelompok yang sedar akan kewujudan golongan 'makcik tua' ni, tapi sikit sangat. Kalau ada pun, mungkin mereka tahu wujud, cuma tak faham , atau malas faham , atau memang taknak faham dengan hidup mereka. Banyak lapisan masyarakat, nak-nak yang lapisan atas, secondary consumer and above, tak faham apa itu makna miskin. Apa itu makna tidur di tepi jalan, menunggu nyamuk datang ziarah. Apa itu lapar, sampai sampah dan tanah pun nampak lazat. Memang dari sudut pandang golongan kelas pertengahan, kita buta pasal semua tu. Proses polarisasi dibiar melata mengambil takhta.
Aku bukan apa, aku cuma budak. Jadi penekanan aku pun lebih kebudak-budakan dan menjurus ke arah kaum sebaya aku, budak. Tapi itu mungkin nanti. Cuma ini adalah cerita bulan Jun. Bulan ini aku jadi orang semula. Hari itu aku jumpa balik sisa manusia dalam hati berkarat ni. Aku jadi kasihan. Kad bank dan ic aku keluarkan dari poket kecil pada dompet.
Aku hampiri makcik tua tadi. Dia nampak aku. Dia berhenti. Aku gugup sebentar. Aku hulurlan dompet Playboy yang berisi lima-enam ratus.
"nah, ni je yang saya ada"
Terima kasih nak. Itu jawapan yang aku sangka akan terpacul keluar. Tapi aku silap. Aku cuma berdelusi. Makcik tu senyum, mengurangkan sedikit kedutan di wajah yang dibalut kulit berusia, mungkin dalam 80-90 tahun.
Aku diam. Dalam tengahari aku berdiri seorang dalam ramai masyarakat. Hujan cahaya membuak-buak. Aku lemas dalam bahang. Tapi aku biarkan. Aku mahu tengok makcik tua itu lagi. Aku mahu ikut bekas kaus usang dia. Walau cuma dengan kornea hitam.
Ini kisah sedih. Baru nak bermula. Mahu aku sambung?
Tangan aku masih rancak menari atas keyboard. Mahu menyambung cerita ajaib.
* * * * *
Cerita permulaan. Karangan di tengah sedang dalam proses. Cerita ini bukan betul-betul. Dan bukan juga rekaan. Ini cerita aku.
0 comments:
Post a Comment