Friday 20 June 2014

Langkah 3

"Wassalam ukht, Insya-Allah kita akan teruskan kesinambungan ukhuwah fillah abadan abada ni. Hehe. Err kalau tak silap ukhti ni pegang jawatan biro makanan kan di Universiti Kuala Kubu?"

Attar menyoal, pura-pura tak tahu setelah stalk wall Facebook ukhti sampai ke lubang cacing. Setiap post dilike penuh hamasah, orang muda-muda kata ; Boom wall? Ya lebih kurang begitulah. Sampaikan tarikh Bedah sertai Facebook pun diucap tahniah bersama emoticon kenyit mata!

" Eh? Iya , bagaimana akhi tahu?"

Bedah termakan umpan Attar. Attar berjaya memanjangkan chatting mereka. Tapi belum sempat Attar meneruskan misinya, tiba-tiba si Bedah meminta diri mahu pergi.

"Eh maaflah akh, ana terpaksa pergi dulu ya, banyak kerja ni, ada dua-tiga ekor kambing gurun dibelakang rumah mahu disuapkan nasi. Ohoi!"

[Bedah Evans One Two Three: Offline]

Attar sedikit kecewa, dia menyambung semula siri Naruto versi komik di tangannya. Namun fikirannya terganggu, semacam ada yang tidak kena, seakan-akan, ada yang masih tak lengkap. Ada sesuatu yang kurang. Diperiksa seluarnya, tiada apa-apa, masih berada di kaki, menyalut lengkap paha dan betisnya yang berbulu. Ditoleh kekanan, kelihatan Cadburry Hot Chocolate yang sudah siap dibancuh tergeletak kaku di dalam mug yang tertulis 'Best Father Ever' , masih seperti biasa, seperti hari-hari sebelum.

Attar rasa gelisah, bagaikan ada lubang besar di tengah-tengah hatinya. Tetap terasa kosong walau segalanya kelihatan seperti sediakala.

Ah, barangkali ini namanya masalah hati. Mungkin kerana hari ini belum lengkap 5 juzu aku mengulang, sudah gatal-gatal tangan melayan bakal zaujah di Mukabuku. 

*jeling*

Hmm Ahmad pulak tak habis-habis dengan artikelnya. Semua artikel nak dibaca kat internet tu, entah betul entah tidak yang dibacanya. Nak ajak mengulang, komfem kena rijek punya, tengok muka khusyuk camtu pun dah tahu. Baik aku tidur.

****
Hari-hari seterusnya berlalu macam biasa. Mereka ke kelas, balik kemudian makan dan tidur. Ritual yang sama diulang-ulang. Matahari masih mengeluarkan cahaya kuning keemasan, burung-burung kakaktua hinggap mesra di ampaian-ampaian baju, awan-awan masih tetap tergantung pada tempatnya, menutup sedikit ruang langit menghasilkan tompok-tompok putih gebu yang comel, kiut dan adorable.

Attar pula semakin rapat dengan Bedah. Sampailah pada suatu hari. Attar seperti biasa, membuka Facebooknya untuk berchatting. Tapi kali ni Bedah tak mesra (baca:gedik) macam selalu. Kali ni Bedah serius semacam je.

Emoticon yang dihantar pun tak ceria. Sikit pula tu. Biasanya sampai penuh skrin diberi emoticon, sampaikan skrol dua tiga kali pun masih tak habis lagi .

Tapi kali ni tak. Bedah dah lain. Nama facebooknya pun dah ditukar.

[Pencinta Shawl Bidang 60]

"Attar, saya ada pengakuan ni. Saya sebenarnya...."

Eh, ni dah lebih tiga titik dia letak ni. Omg!! Ikhtilaatt!

Kata Attar didalam hatinya. Tapi dia masih membisu. Tidak mahu memberi sebarang respon. Hanya menunggu Bedah menyambung kata.

"Ekceli tar, ana bukan Bedah. Nama ana Sarah. Sarah Costanza. Ayah ana pun bukan nelayan, macam yang ana cerita dulu. Tapi dia orang bisnes.

Bisnes apa ana tak pasti. Tapi dia ada simpan pistol banyak-banyak kat rumah. Kadang-kadang ana jumpa paket-paket kecil berisi serbuk putih disorokkan kat bawah bantal.

Lepastu kat bawah rumah ana ada sebuah makmal persendirian. Papa tak bagi masuk situ. Ana pun taktau kenapa. Agak-agak papa I, eh I mean papa ana kerja apa?"

Attar mula berpeluh. Dia amat terkejut. Tak pernah langsung terlintas difikirannya bahawa dia berkenalan dengan seorang gadis yang sebegitu keturunannya.

"Err, ana rasa lah. Ni ana cuma rasa jelah. Bukan apa.

Ana rasa papa you, eh I mean enti kerja bisnes tepung gandum kot. Husnudzon. Pistol tu mungkin nak tembak cicak tak. Cicak kan suka makan tepung. "

Attar lega dapat menyusun kata. Kalau ikut mahu saja dia menjerit sekuat hati kerana bakal berkahwin (baca:angan-angan) dengan anak seorang pengusaha tepung.

**

Masanya telah tiba. Harini, pagi Ahad yang hening, Attar mahu menyatakan hasratnya pada ayahnya tentang rancangannya yang mahu memperisterikan Sarah.

Tiba-tiba.

Baby, baby.. Ooo... Baby baby .. Oo.

Handsetnya berbunyi. Attar menyahut. Kedengaran suara seorang wanita dihujung corong.

"Attar, ni saya Sarah. Awak mesti tolong saya sekarang. Saya ada kat Midvalley ni. Saya ada masalah sekarang. Takde masa nak citer. Brb. Datang cepat tau!"

Attar berpeluh. Nak kata kecemasan, nada suaranya macam biasa saja. Malah agak gedik dan lunak untuk didengar. Attar yakin Sarah bukanlah dalam emergency.

Jadi sebenarnya, apa yang terjadi?

Bagaimana Sarah mendapat nombor taliponnya?

Adakah Sarah juga stalk dia selama ini dan memendam rasa terhadapnya juga?

Mengapa Sarah meminta bantuannya dan bukan orang lain?

Adakah Attar sudah berjaya memenangi hati gadis kacukan Melayu-German itu?

(Bersambung...)

-Akh Janggut-

Thursday 19 June 2014

Strawberi Bentuk Hati

"Duhai akh, coba lihat bulan malam ini, indah sangat-sangat. Ana rasa inilah masanya , akh . . ."


"Iya ukht, indah. Tapi apa kaitannya dengan kerja kursus yang kita tengah bincang ni?"


*Garu dagu*


"Erm .. Sebenarnya, ana ...ana. . . Chenta sama kamu . .!"


Akh tersedak. Habis basah jenggotnya terkena kopi yang hampir-hampir saja ditelan.


Sekian. Eheh.


Ini satu situasi cinta remaja muda mudi.
Ini bayangan biasa yang selalu tergambar bila disebut perkataan keramat, CINTA

Iya, biasalah tu. zaman muda-muda lah katakan.


Ingin disayang
Ingin menyayang
Ingin jadi tersayang

Maaf saya tak mampu teruskan. Mual-mual tekak sudah naik ke kerongkong. Erk.
Tapi ingin saya ingatkan, cinta ini amat luas sekali definisinya, aplikasinya juga, malah dengan cinta dunia mampu diubah.


Kerajaan agung melangit pun mampu terbalik, apatah lagi kampung-kampung usang yang terbiar kaku, pasti saja begitu mudah bertukar menjadi longgokan sampah, akibat cinta.


Cinta jugalah yang melahirkan kerajaan agung,
cinta jugalah yang bisa meranapkannya.


Cinta yang melahirkan insani biasa menjadi pemuisi terhebat,
cinta jugalah yang menukarkan bait-bait puisi menjadi sumpah dan seranah.


Kerana secara fitrahnya, manusia perlukan cinta. Namun, jangan sempitkan terminologi cinta itu sendiri.
Baik. Harini saya mahu menenyeh keyboard maya ini tentang cinta.

Tapi lebih kepada cinta seorang ibu kepada anak, guru kepada murid, naqib kepada adik-adik kiut miut usrah, akhi kepada ukhti?Dahi berpeluh.

Pernahkah anda dimarah back-to-back tanpa henti oleh pelbagai entiti berbeza pada satu-satu masa?

Pergi kelas memandu:

"Hoi, bagilah signal! Kan nak belok tu, alaaahai. 
Ni kat sekolah mesti selalu kena titik ni. Degil sangat!"

Balik rumah:

"Along, pergi sidai kain sekejap. Lepastu tolong tukarkan lampin adik ya. Nanti dah siap pergi bilik angah, salinkan semua nota angah ya?

Thanks along. Lebiu muah muah
Oh ya, kalau along tak buat, angah habaq kat ibu along kapel"

Tengkuk berpeluh.

Naik bilik:

"Berapa kali mak nak cakap, kemas bilik kamu!"

Piapp piapp!
Kena rotan.

Seluar basah!

Call kawan, mengadu:

"Eh, enta ni tiada kerja lainkah? Asyik stres saja. Ana pun tak faham lah macamana enta boleh hidup. Hailaa sudah-sudah lah tu. Dahlah, ana nak sambung berdakwah ni babai!"

Ya itu yang kita rasa. Kebetulan pula bergabung dalam satu masa, membuahkan rasa pahit yang pelbagai perisa, pedihnya pula sampai ke hulu hati terasa!

Tapi kita lupa, kadang-kadang marahnya guru memandu itu sebab dia taknak kita sesal kemudian hari. Sudah berlatih berhari-hari, sampai hari JPJ signal kanan dengan wiper pun taktahu nak dibeza, mahu begitu?Habis, mengapa si guru menegur? Sudah tentu kerna chenta. Rasa sayang akan pelajarnya tanpa kira rupa mahupun bangsa walaupun berhari-hari memakai baju yang sama, bersama bau yang sama.

Seterusnya hal adik-beradik. Saya bukanlah seorang along . Eheh. Tapi rasanya perasaan dibuli dan diperas ugut adik sendiri itu satu seksaan mental tahap alpha bukan? Tapi cuba lihat balik ke hari semalam. Ah, takpayah hari semalam lah, lihat minit-minit tadi saja. Kita baru sahaja suruh dia basuh berus bersih karat-karat di basikal tua kita, then bila dia minta tolong, mahu melenting?

Ewah, besar mandat kau!

Kadang-kadang adik-adik juga menyuruh abang-abang. Bukan kerana mahu tunjuk taiko dan pailang. Tapi mahu abam-abam sedar, kalau mahu dihormati, hormatilah yang lain.
Itupun salah satu wasilah mengekspresikan cinta bukan? Tidak mahu si abang terus hanyut memegang kuasa veto sebagai anak sulung yang akhirnya membuahkan ego.

Soal ibu, memang terang jelas nyatalah si ibu itu cinta. Sebut ibu sahaja pun sudah terasa sayang. Ya, saya juga malas mengemas, atau, menegangkan cadar. Buat apa kemaskan katil kalau nanti akan digolek-golek jua di atasnya kan. Saya datangkan analogi ini sebab ini adalah antara suruhan-suruhan yang selalu dianggap remeh. Lagi-lagi anak-anak yang sudah kian remaja.

Tapi dalam kita tidak sedar, ini antara tarbiah untuk mendisiplinkan kita. Contoh, dalam solat kalau tiada disiplin dipraktikkan, rukuk dulu baru takbiratul ihram, masakan sah solat itu? Malah berkahwin pun ada disiplin-disiplin yang perlu diikuti. Ada garis dan panduan. Baru rumahtangga bahagia, aman sentosa, silap-silap boleh kawin dua. Hey, its a rhyme!

Jadi, berhentilah bersangka-sangka. Jika semua perkara kita pandang dari sudut pandang positif, bukankah donia ini lebih ceria, awan-awan gemuk di langit pun kelihatan tersenyum, matahari melambai-lambai manja, ah segalanya penuh dengan simbol hati dan warna merah jambu!

Jika kita punya cinta, jiwa kita punya ketenangan.
Jiwa yang tenang dan qanaah ini dipuji Allah.
Di muliakan sang Khaliq



"Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga-Ku"

(terjemahan surah al-Fajr, 89:  27-30)


Apabila hati tenang, maka proses pemurnian hati pun sudah tentu lebih mudah. Hati mampu dibasuh bersih, disental licin, maka jadilah hati itu hati yang sihat, gebu dan penuh dengan sakura-sakura chenta. Eheh

Daripada Abu Hurairah ra:



"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu"

(Riwayat Muslim)


Nah, apalagi yang kita mahu?
Sudah jelas terang kilau, hati itu yang dipandang Tuhan.

Mari sebarkan cinta
Mari pupuk hati agar mudah menerima dan memberi cinta ( tidak terhad pada ajnabi)
Mari hulur strawberi manis pada rakan-rakan seTuhan

Ayuh, merah-jambukan hatimu!

-Akh Janggut-


Wednesday 18 June 2014

Uncle Hujung Kampung

Riyak. Siapa riyak?

Aku? Kau? Kita? Entah. Oh, mungkin Pak Cik Riyak di hujung kampung sana. Selalu berkopiah polkadot dengan kain sarung dam haji kumal. Memang kegemaran dia pakai macam tu. Katanya, pakaiannya itu hadiah isteri dia bagi Birthday dia tahun lepas.

Pak Cik Riyak. Mulutnya yang luncai dan suka cakap lepas tu. Apabila dia memekik merepek, okey, tadah telinga. Sedas dua tak cukup. Mahu berpuluh das. Patut lah jiran-jiran panggil dia Riyak Senapang. Oh sejarah.

Selalu juga aku sakat Pak Cik Riyak. Dia suka membebel. Itu hiburan aku. Agaknya itu jugalah hiburan arwah isterinya satu tika dulu masa hayat masih ada. Bebelan Pak Cik Riyak, walaupun pedasnya macam sambal belacan, makin digaul dengan nasi, pedasnya dah tak dipeduli. Enaknya saja yang dicari! Eh eh.

Ah, kenapa dengan Pak Cik Riyak? Artikel ni mengenai apa? Ouh, lupa. Pasal Riyak. Okey, lupakan Riyak Senapang.

Riyak. Virus.

Ya, bagi aku benda ni virus. Mana taknya. Dari 100 boleh jadi 0. Dari 1000 boleh jadi 0. Kejam sungguh.

Kita bersusah-payah, berjerit perih buat ibadah, sebab benda ni semua jadi 0. Semua jadi sia-sia. Kata orang, riyak umpama api yang membakar kayu-kayu yang basah. Ah! kenapa kau ada? Anti virus apa perlu aku guna nak hapus kau? Kapersky? Avira? AVG? Pergi lah! Jangan ganggu aku nak beribadah.

Perlu ke aku menangis nak suruh kau pergi? Sebab kau, buku amalan aku 0. Teringat aku sebuah kisah.

Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah "Thoha", di biliknya yang berdekatan dengan jalan raya. Selesai membaca, dia merasa sangat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa sebuah Al-Quran. Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Dibukanya surah "Thoha" dan disibaknya halaman demi halaman.

Si abid melihat setiap kalimat surah yang dibacanya dicatat sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimat saja yang catatannya ditiadakan pahalanya. Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telah aku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimat pun. Tetapi mengapa catatan pahala untuk kalimat ini ditiadakan?"

"Benar apa yang engkau katakan. Engkau memang tidak meninggalkan kalimat itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimat itu telah kami catatkan pahalanya. "Tetapi tiba-tiba kami mendengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy : 'Hapus catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimat itu'. Maka sebab itulah kami segera menghapusnya".

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Mengapa tindakan itu dilakukan?". "Sebabnya adalah engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumahmu. Engkau sadar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu. Kalimat yang tiada bercatatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu". Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riya menyusup masuk ke dalam kalbuku dan sungguh besar celakanya. Dalam sekejap mata saja ibadahku dimusnahkannya."

Kita tak sedar sebenarnya, tanpa kita tahu, kita dah riyak. Contoh? Solat kat rumah, selalunya kita tak buat sunnah (rida',serban,perfume) tapi bila nak solat jemaah kat masjid, kita buat semua tu. Alangkah ruginya kita jika beribadah tapi ada sedikit perasaan show off, atau ingin dipuji. Di mata manusia memang kita dapat pujian, di mata Allah? Langsung Allah tak pandang ibadah kau!

Selain berbahaya sebagai virus, lupakah kita terhadap sabda Rasulullah?

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil), maka para shahabat bertanya, apa yang dimaksud dengan asy syirkul ashghar? Beliau SAW menjawab: "Ar Riya'."

(HR. Ahmad dari sahabat Mahmud bin Labid)

Lupakah kita juga terhadap firman Allah?

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Artinya : "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Al Bayyinah: 5)

Macam mana nak hapus virus alah ni? T__T

Kata Imam Ghazali, untuk menghilangkan riya' ialah dengan menghilangkan sebab-sebab riya', seperti kenikmatan terhadap pujian dan kemarahan terhadap celaan terhadap kita. Kita juga perlu berusaha untuk ikhlas dalam ibadah kita dan tidak terpengaruh dengan bisikan syaiton lahanut. Selalu lah tajdid (perbaharui) niat kita.

Waallahualam.

Budak Kurek,
180614,
Universiti Kuala Kubu

Sahabat Sampai Syurga

Okay, tajuk tu memang skema dan klise habis. But who cares?

Nasihat. Orang tua-tua dari dulu sampai sekarang, depa kata marah tanda sayang.
But actually, I personally dont think that teguran or what-so-ever as marah. But more on nasihat.

Nasihat pada keluarga memang payah. Tapi selain family cikibum cikibum , jiran tetangga, dakwah pada kawan juga payah. Lagi-lagi yang kita rapat. Yang selalu jadi partner setiap kali ponteng kelas, yang jaga line time ugut akak dewan makan dan lagi-lagi yang jadi pengedar tetap tanpa lesen segala rokok dan shisha selama ni. Er

But one thing for sure, kawan-kawan partner in crime ni biasanya termakan hasutan kita, so dah alang-alang pandai berbisik, pelbagai skill menghasut dan penguasaan tinggi dalam pujukan lembut sambil pintal hujung rambut, apa kata kita hasut ke arah kebaikan pula.

Baru lah kawan beb! Cuba hasut yang mudah-mudah dulu, macam setiap kali nak makan, bisiklah perlahan-lahan kat telinga dia,

"Awak, bacalah doa dulu, ahihi"

Then slow-slow tarik dia ke lembah kebahagiaan. Makin lama makin advance. Silap-silap boleh ajak karkun mungkin? Wahaha.

Contengan ni ditulis adalah kerna diri ini mahu dipimpin. Harap-harap ada satu hari nanti ada partner in crime yang mampu ajak saya ke arah kebaikan.

Maklumlah saya ni nakal. Eheh.

Tapi sebenarnya memang betul, kawan-kawan ni banyak main peranan dalam hidup. Lagi-lagi yang duduk jauh dari mak bapak.

Dekat kawanlah kita mengadu
Dekat kawanlah kita meluah kesedihan
Dekat kawanlah kita kongsi bahagia

Maka apalah salahnya berkawan kerana Allah?
Bukankah lebih indah, sweet dan adorable gitu?

Barulah tak sia-sia.
Setiap tangisan sahabat, kita pujuk pakai ayat al-quran.
Setiap kali sahabat mengadu,

"Weh, gue bosan kok. Mari pergi arked cuci mata. Macam biasa. Muehehe"

Kita pulak balas,

"Eihh. Aku rasa tak sihat lah hari ni"

"Lah tak sihat? Tadi aku tengok main bola elok aje. Jomlah"

"Aku bukan sakit sebab kuman. Tapi sebab banyak sangat dosa"

Camtu.

Kan indah. Walaupun, ya, saya tak tolak. Memang agak menggelikan dan memualkan. Tapi, cubalah dulu.

Siapa tahu dalam mual itu hatinya tersentuh?
Siapa sangka dalam geli itu dirinya mahu berubah?
Siapa expect dalam muntah itu timbul sedikit rasa insaf lantas hatinya terbuka luas-luas menerima hidayah yang membawa ke Syurga?

Siapa tahu, bukan?
Mari, sama-sama ubah.
Mari, terbang laju-laju menuju redha
Mari, pecut habis-habis gapai Syurga

-Akh Janggut-



Tuesday 17 June 2014

LANGKAH 2

Langkah Attar terhenti. Ahmad tidak. Ahmad jalan macam biasa.

Tapi Attar, masih tercegat dimuka pintu. Oh kenapa pula ni?

Matanya tertancap pada wajah yang tak pernah dia lihat sebelum ni. Sangat sangat sangat comel!

Berhijab purple dengan jubah hitam. Kulitnya yang putih mulus.
Pipi gebu kemerah-merahan.
Bibir mungil merekah merah bak delima.

Oh, dia terpana.
Persis saja wajah tadi macam Chrissy Costanza berhijab labuh.

Attar masih tercegat. Memerhati saja ajnabi tadi membeli makanan. Lepastu menyapa lembut Abam Hamid agar dibuatkan sirap-bandung-nestum-o-beng.

Lalu melangkah sopan ke kaunter, meminta diskaun 50 sen, lalu berlalu pergi.

Tapi sedikit lagi wajah persis bidadari itu berlalu, hilang disebalik terik mentari, dia berpaling.

Membalas semula renungan tanpa kelip Attar. Dia tersenyum kecil, tunduk sedikit lalu berlalu keluar bersama teman-temannya.

Attar sempat menjeling pada rakan-rakan ajnabi tadi. Mana tahu ada yang dia kenal.

Tiba-tiba, matanya menangkap

Oh, dia kawan dengan Joyah. Kebetulan aku rapat jugak dengan si Joyah ni. Hehehe

Kata Attar dalam hati sambil menggosok-gosok kedua-dua belah tangannya.

"Hoi mangkuk, anta ni dah kenapa?"

Tegur Ahmad sambil menjinjing plastik makanan.

"Tak beli makanan ke?"

Sambung Ahmad.

"Err. Takpelah, ana puasa. Hehe"

"Puasa kepala kucing enta. Pagi tadi sarapan chickeng chok ngan ana. Puih"

"Eh, I mean, puasa tengahari. Ana kan tengah diet. Nak shaping katekoo!"

Ahmad mencebik.

"Sukahati enta laa Attar wei, enta yang lapar nanti"

***

Usai solat Zohor di masjid, mereka saling tebuk menebuk.

*Oh lupa nak habaq, depa ni ngapai quran. Unibersiti Kuala Kubu ni memang wajibkan pelajaq diaa ngapaii. Tu pasai la depa mia semangat nak pi masjid tinggi nohh. Biaq pi lah panaih sikit tengahaghi ni.*

Ok iklan tamat. Sambung.

Attar dan Ahmad memang masyi. Dua-dua mampu ditebuk sampai juzuk 23. Mungkin berkat konsistensi mereka mengulang kot.

Cuma hari ni, Attar tersangkut dua-tiga ayat. Barangkali kerana fikirannya masih terbayang-banyang wajah manis ukhti tadi.

Mereka pun pulang.
Attar sudah merancang apa yang dia perlu lakukan.

Kalau berterusan begini, boleh gila aku dibuatnya, tengok rumput nampak dia, tengok awan nampak dia, tengok dia, lagilah nampak dia.

Kadang-kadang Ahmad dari belakang pun nampak macam dia. Uishh bahaya betul!

I must do something

Monolog Attar dalam hatinya.

Sampai saja dibilik A12, Attar cepat-cepat mencapai Iphone 5S nya.

"Eh Joyah, i mean salaamm Joyahh!"

Sent.

Hatinya berdebar-debar. Memikirkan ayat seterusnya. Walaupun Joyah satu sekolah dengannya, dan sekelas, malah mereka juga agak akrab, tapi Attar takpernah pulak nak kongsi kisah hati dengan Joyah sebelum ni.

Mesti Joyah ingat aku ni buang tebiat

Attar suudzhan. Tiba-tiba,

"Wassalam, ya ada pa Ustaz Attar?"

Err. Attar mula berpeluh. Taktau nak mula macamana. Dia pusing ke kiri, lepastu ke kanan.

Gelisah!

Berkereyok bunyi katil akibat pergerakan Attar yang macam cacing kepanasan.

"Hoi! Kau dah kenapa? Pelik lah ko ni. Ee buang tebiat ek? Aku pang kang baru tau"

Sound Ahmad di katil sebelah. Konsentrasinya membaca blog Typewriter Melayu terganggu. Eh?

Oo tadi dalam dewan makan, time ada ajnabi bukan main cakap ana-anta. Bila kat bilik aku-kau terus.
Bijak jugak teknik depa ni. Kehkeh

Attar berhenti menggelupur. Dia tersenyum plastik.

"Ehhehehe. Takde pape. Jangan risau. Aku tahu kau sayang aku, sebab tu kau risau. Ahaks"

Kata Attar sambil mengenyit sebelah mata.

"Eh budak ni. Aish nasib baik lah aku teringat nasihat warden aku kat Henri Gurney; jangan pukul orang sebarang-sebarang, nanti susah. Huhh"

Ahmad bagi amaran. Attar masih tersengih malu. Matanya kembali pada skrin handphone.

"Err, weh Joyah. Tadi kau pegi DM kan? Sape doh budak tudung purple tu?

Kawan aku tanya, berkenan kot"

Attar menipu.

Ewah kau. Dia yang nak, orang lain pun diheret sama?

"Oh, yang tu. Nama dia Bedah. Facebook dia Bedah Evans One Two Three"

"Ouh, okay. Thanks Joyah. Bai. Salam"

Attar cepat-cepat cari nama tu. Dan bingo! Dia jumpa. Thanks to pelan 2.5 gb 1Malaysia. Laju betul internet dia.

Lepas add friend, Attar tiba-tiba berdebar-debar. Takut-takut rancangannya gagal.
Dia mula berpeluh. Takut Bedah taknak approve friend requestnya.

Selang seminit.

*ping ping*

Bunyi notification. Attar laju-laju cekidaut. Dan ya, impiannya tercapai.

"Yahooooo! Oh yeahhhhh!"

Jerit Attar kebahagiaan. Bedah approve friend requestnya. Dan yang paling gembira,

[Bedah Evans One Two Three]
 
      "Thanks add. Moga ukhuwah kita kekal lillahitaala. Ameen. Walaupun hanya di FB"

Memang itulah perangai Bedah. Suka merapatkan ukhuwah walaupun hanya di Facebook. Dan walaupun dia tak kenal siapa empunya akaun bernama

 " Daie Muda Sahajerr"

Tapi itu bukan penghalang untuknya melebarkan skop ukhuwah kerana Allah.

Attar terlalu gembira harini. Dia berkira-kira, berfikir mahu gunakan ayat apa agar tidak klise untuk membalas chat Bedah.

Akhirnya idea pun muncul.
Satu langkah lagi diteruskan.
Jari-jemari begitu cermat mengatur langkah.

(bersambung....)

-Akh Janggut-

LANGKAH

Masa-masa begini Attar suka duduk sorang-sorang atas buaian tayar yang tergantung kemas pada pokok usang.

Attar tengok-tengok matahari petang,
Eh, macam kenyit matalah!

Dia lihat ke atas, tepat ke arah seekor awan gemuk,
Eh, macam senyumlah!

Dia tenung dalam-dalam wajah burungkakaktua,
Eh, dia buang air pulak?

Cis.

Semacam sudah gila Attar ini. Hakikatnya, ya, memang dia gila. 

Semuanya gara-gara sayang teramat.
Punca sayang terbit sedih.

Manusia, emosi dan waras itu berjiran, malah ibarat adik-beradik. Maka, keterkaitan antara ketiga-tiga elemen ni sangat signifikan. Simbiosis.

Dan Attar, sifat manusianya seperti telah dibunuh kejam.

Emosinya pula bagaikan telah dirodok pisau Rambo, dengan dicincang pula halus-halus sebagai tindakan penyudah.

Warasnya pula jangan ceritalah, sudah lama hilang, tenggelam tanpa bayang.
Segala-galanya jadi tak kena. Semua ini berlaku tiga bulan lalu.

*tengok langit biru, flashback*

~~~~~~

Attar berjalan beriringan dengan bestfriendnya, Ahmad. Ahmadlah kawan sepermainannya, sebilik, sekatil, malah semandi! Wah.

Mereka ke dewan makan. Sayup -sayup sudah kedengaran pelajar-pelajar Universiti Kuala Kubu mengunyah.
Dentingan sudu dan garpu bagai gemerincing pedang dan baju besi.

Inilah saatnya. Saat mereka langkah saja kaki di dewan makan.

Segalanya bakal berubah. Bakal jadi lain. 

Mereka tak sedar.
Mereka tak tahu.
Mereka tak perasan.

Sebaik saja mereka masuk, tiba-tiba

(bersambung...)

-Akh Janggut-

Thursday 5 June 2014

Sahabat Satu Jasad V

Sinar bulan telah lama larut bersama malam. Angin lembut bertiup di luar tingkap membuatkan dingin di dalam bilik itu kian mencengkam. Wajahnya tidak beriak merenung skrin komputer riba sambil bersila di depan meja jepun. Sejenak dia termenung memikir. Kemudian jemarinya berlari di atas papan kekunci. Menulis dengan derap setiap ketukan telunjuk di atas kekunci.


"On a second thought, it ain’t easy. One giga sure it ain’t easy, it ain’t all breeze, it ain’t all waltz. "
Terhenti. Mug berisi air suam dicapai.  Dibawa ke bibir. Perlahan diteguk menuruni rengkung. Jemari kembali mencari aksara.


"The age-old stain is still there. Dah jenuh Clorox, bleach and ntahapahapantah lagi. Tapi tak mau jugak hilang. On a second thought, again, everything takes time, kan? "
Pandangannya jatuh pada bingkai-bingkai gambar di atas meja jepun di hadapannya itu. Pada kuntum ros di atas meja. Tanpa sedar dia menarik senyum tawar. Telunjuk kanan kemudian berlari di atas Syntap Mouse Pad. Seketika kemudian nada yang begitu biasa suatu ketika dulu itu berlagu daripada komputer riba.


"Pejuang takkan berhenti..."
"Pejuang takkan berhenti..."
-------------------------------------
"..adik-adik Abang kena ingat, selepas adik-adik memilih jalan ini, tiada istilah 'turning back'..."


Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinganya. Bacaan Al Quran di mulutnya jeda. Tak sanggup untuk dia teruskan. Tanpa sedar, air jernih mula menitis di pipi itu.

"Ermm, Mika, aku rasa aku nak keluar lah. Aku tak sanggup lagi berterusan begini. Aku rasa ni bukan jalan aku. Aku ni jahat, jahil. Macam mana aku nak letakkan kalam-kalam suci dalam hati? Tolong aku. " Tak semena air mata Amsya menitis.


"Kau jangan main-main. Kalau kau keluar, kau nak pergi mana? Nak pergi Universiti Islam? Nak sambung kat sana? Ke kau dapat mana-mana tawaran biasiswa?"

"Aku tak tahu. Aku sendiri tak jelas dengan hidup aku. Aku tak tahu nak sambung bidang apa. Biasiswa pun tak dapat. Kalau aku keluar, aku rasa aku sambung kat Universiti Islam je kot."

"Eh, hari tu kau cakap kau dapat Biasiswa Rosmah apa entah. Yang sambung ke 4 negara tu. So?"

"Tu aku main-main je lah. Mana ada biasiswa tu. Aku tak tahan lah Mika. Lagipun aku lambat menghafal. Berbeza dengan orang lain kat sini. Laju gilerr. Aku ni dah lama tak mengulang. Apa yang aku hafal, banyak yang aku dah lupa. Tu baru 10, tak hafal 30 lagi." Sungut Amsya.

"Rilek ar. Aku pun hafal lambat jugak. Kalau kau tengok halaqah aku, semuanya laju-laju. Aku ni pun tak habis lagi muqarrar. Orang lain dah tambah modal, aku masih kejar muqarrar. Sabar lah. Allah kan ada?"
"Hmm, takpe lah. Aku balik bilik kejap. Ngantuk."

Bergegas dia pulang ke bilik demi mencari sedikit ketenangan. Usai sampai di bilik, terus berbaring atas katil. Mata dipejam rapat. Mata pejam minda celik.

"Sabar lah sekejap. Perjuangan memang pahit. Sabar..." Bisikan hatinya.

--------------------------------------
"Semua Budak Kurek diminta berkumpul di belakang masjid selepas solat isyak..." Pengumuman dari corong speaker.

"Insyaallah, pihak kami akan menganjurkan futsal hujung bulan ni. Futsal ni kita buat lawan sesama halaqah tau. Ni mungkin aktiviti kita yang terakhir untuk Sem ni. Kalau ada masa lain, nanti kita boleh buat lagi." Ibnu Zaini berbicara.

Terakhir. Ya, dia akan ingat perkataan tu. "Akhir". -
-----------------------------------
30 May 2014
Hari ni hari 'Akhir'.

Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan sambil kaki masih berlari dengan rentak tetap. Dia memandang ke belakang dengan hujung mata. Ramai juga yang tercicir. Tambah-tambah budak berkulit putih itu, Raulf. Pandangannya terhenti pada tuan punya wajah serius yang masih steady lima langkah di belakangnya. Pandangan wajah itu dingin kosong menghala ke hadapan. Sejak dari mula permainan sepatah pun budak tu tak bersuara. Tapi macam la sebelum ni budak tu bercakap aje.


Tanpa sedar dia senyum sendiri dalam hati. Idham menggeleng perlahan. Raulf. Yang bijak. Yang ceria. Yang lembut.Yang hensem. Hensem luar dalam. Tanpa sedar dia menggeleng kepala lagi. Anak buah yang terasa begitu berharga untuk dilepas.

Masing-masing kelihatan tercungap. Tak terdaya untuk meneruskan permainan. Perlawanan yang berterusan itu ternyata memenatkan. Permainan dihentikan untuk rehat.

"Air.. Nak air. Penat dowhh." Ibnu Rosli selaku kapten pasukan bersuara.

Memang patut dia penat. Dari atas turun ke bawah, dari bawah naik ke atas. Bersungguh dia dalam permainan itu, tak sanggup nak tengok pasukannya terus dibelasah. Setakat 2 match yang lalu, dibelasah 6 biji gol. Malu siot.

"Haha, lek ar kapten. Kita main nak suka-suka je pun. Bukan nak cari siapa menang siapa kalah." Tegur Idham.

"Tahu. Nak jugak rasa menang. Asyik kalah jer. Malu dowh." Balas Ibnu Rosli.

Setakat separuh masa perlawanan yang berlansung, pasukannya dibelasah lagi 4-1. Satu lagi keputusan yang memalukan.

"Kena lagi team kita. Kalah pulak laa gamaknya.." Amsya bersungut.

"Masa panjang lagi. Kita kena comeback. Lagipun, setiap kali match kita, selalu hambar. Takde penyokong. Jom, bersemangat sikit." Raulf sedari tadi diam mula bersuara.

"Haha, ok. Jom."

Wisel dibunyikan. Perlawanan diteruskan. Gelanggang dah mula hangat. Penonton-penonton dari perlawanan lain datang menyokong.

"Gollll.... 4-2." Jerit Idham.
"Gollll lagi.. 3-4. . ."

Begitu lah seterusnya. Comeback yang memuaskan hati. Keputusan akhir 7-6. Satu keajaiban. Masing-masing gembira dengan kerjasama yang diberi. Riak-riak gembira terpampang di wajah mereka.
(Bersambung dan tamat...)

Budak Kurek,
050614,
Kelantan.
_____________________________
#NotaMintakKaki

Penutup untuk cerpen ini pada artikel pertama dalam blog ini :
Subjek #Pertama
Maaf kalau cerpen ini agak hambar. Dan sambungan ini hambar. Penulis agak sibuk dengan 'kerja-kerja' di rumah. Harap maklum :3